Tuesday, 14 August 2012

Sejarah Pembinaan Penjara Sg Buloh



KM 10, Jalan Sg. Buloh,
47000 Sungai Buloh,
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-60384690
Fax : 03-60384870/60384685
Email : prsgblh@prison.gov.my


Maklumat Ringkas

Kawasan tapak Penjara Pudu yang telah dicadangkan untuk dijadikan kawasan komersial menyebabkan Jabatan Penjara mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan Penjara Pudu. Pada tahun 1990, satu kawasan telah dikenalpasti di daerah Kepong. Oleh sebab masalah kosnya yang terlalu tinggi bagi proses menimbus tanah, Jabatan Penjara terpaksa mencari alternatif yang lebih sesuai untuk mendirikan bangunan penjara. Tapak ini telah diwartakan sebagai penjara pada 2 Julai 1992.

Pembinaan Penjara Sungai Buloh dirancang dan dilaksanakan dengan menampung pertambahan populasi banduan yang meningkat di Penjara Pudu dan tidak lagi sesuai dari segi keselamatannya. Setelah Penjara Pudu ditutup operasinya pada bulan Oktober 1996, sebuah penjara berteknologi tinggi di Sungai Buloh telah dibina untuk menggantikan tapak lamanya sebagai pertukaran tanah Penjara Pudu yang akan dibangunkan oleh UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Seluruh operasi di Penjara Pudu telah dipindahkan, baik kakitangan serta banduan. Pemindahan dan penempatan banduan dari Penjara Pudu ke Penjara Sungai Buloh dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Penjara Sungai Buloh terletak 30 km dari Bandar Sungai Buloh dan melibatkan keluasan 60 ekar serta 144 ekar rumah kakitangan. Projek pembangunan kompleks penjara membabitkan kos sejumlah RM 172 juta. Sebanyak 655 buah kuarters kakitangan telah disediakan dan muatan selesa penjara adalah seramai 2500 penghuni. Penjara ini siap dibina pada bulan September 1996 dan mula beroperasi pada bulan November 1996. Penjara ini merupakan sebuah institusi yang diklasifikasikan sebagai sebuah penjara yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang maksima dan bersepadu.